Saturday, November 26, 2011

Iman Perlukan Latihan



Apa khabar iman?


Alhamdulillah. Segala puji kepujian dan kebaikan kita pulangkan kepada Allah SWT, Rabb atau Penjaga sekalian alam. Selawat dan salam untuk semua rasul dan para nabi yang pernah diutus Allah SWT demi kebaikan umat manusia. Tak lupa juga pada Nabi Muhammad SAW yang menjadi qudwah dan uswah kita dalam menjalani kehidupan yang bersifat ujian ini. Juga selawat dan salam untuk mereka yang telah pergi, yang telah mengorbankan hidup mereka demi Islam, hinggalah kita pada hari mampu untuk mengecapi dua nikmat yang terbesar tetapi sering terlupakan, itulah nikmat islam dan iman.

Bila kita berbicara tetang masalah hati, maka ..insya-Allah.. ramai yang akan terkesan. Ramai yang akan mula terdetik untuk melakukan perubahan. Ramai yang mungkin sahaja tersedar daripada lamunan kelekaan duniawi yang menipu, dan mahu kembali kepada kebenaran. Alhamdulillah.

"Ya, aku tahu aku sudah tersilap dan aku mahu berubah. Apa yang harus aku buat sekarang?"

Ya, itulah persoalan yang perlu dijawab dengan benar dan baik. Jika tidak, maka objek dakwah kita yang tadinya bersemangat untuk berubah, mungkin sahaja dia akan kembali hilang, atau menjadi seperti sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan.

Ayuh kita perhatikan sebuah analogi mudah. Dalam hadith Rasulullah SAW jelas mengatakan hati setiap daripada kita ini terlahir dalam keadaan yang fitrah, bersih. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, 

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi sebagaimana seekor hewan melahirkan seekor hewan yang sempurna. Apakah kau melihatnya cacat?" 
[HR. Bukhari] 

Kemudian Abu Hurairah membacakan ayat-ayat suci ini: 

"(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebagian besar manusia tidak mengetahui." 
[QS Ar-Rum, 30:30]

Maknanya, hati seorang manusia itu tidak kira apa sekalipun latar belakangnya, agamanya, bangsanya, pekerjaannya dan lain-lain. Mereka pada asalnya mempunyai hati yang bersih.

Hati yang bersih ini kita mampu untuk mengumpamakan ia seperti tanah yang pada awalnya subur.

p/s: soklan saya tuk kwn2..emm =) (bwh niE)

cmner?? xperlu djwb perlukn tndakan =)

Tuesday, November 22, 2011

peRmata Yg dIcarI....4 (^.^)

salam,


nie lrik laguu permta yg dcari..dulu mula2 dgr agak bosan xkena dgn hati rrr...tp de satu kwn den tuu sgt laa minat (satu kee tiga rr..hahaha)...
jd den pon ushar2 laaa...dah berpuluh kali dgr rupeny sedap jgk..hehehe
yg pnting mksod dsebaliknye tuuu..
jum dgr n sama2 kaRokkk...
~yEaYYyy~




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu







p/s: lagu nie 4 me de certain part kite leh amek tuk brdoa cthnye 


Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu 


hehehe...kan3x kwn...peace (^^)//

Sgt SkE dGn ayAT2 iNi......


SAhabaT ku...
sentiasa lah doa tuk hamba ALLAH yg sentiasa LEKA ini,
tiada kata hanya ucapan terima kasih buat sahabat ku,
semoga para malaikat mengamin kn doa mu 
serta mendoakan kembali apa yg didoakan tuk hamba ALLAH ini,
ALLAH keutamaan kita dalam BERCinTA



p/s: time nk kawin smart nie doa cmni..pas akad nikah smyg sunat kn DOA laa guna ayt cam ats nie xpee...
uih!!! lmbat plak nk kwin...hahahaha



p/s: AMIN.... =)



p/s : inSYAALLAH..sama2 laa kita berdoa semoga dpt bersama =')

Sunday, November 20, 2011

yEAYy..hihi..nie kalu Mau taU..~Nak Tahu Dimana Cantiknya Lelaki Dan Gagahnya Wanita~




Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. 

Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada

kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat” 
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, 
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”


p/s: yeayy!! dpt copyyy..hihihi..erm,nie bgi den bkn laaa penentu sgalanya tuk jwpan bgi cntiknya laki n gagahny wanita..byk perkara lgi perlu diambil kre..pling pnting n SUKAR gler adlah understanding...die nk pham ko and ko nk paham die..kuncinye adlah no secret2 ok...hehehe

DoA ketIka BerCinta.....emm,,

salam,
nie den jumpe laaa dri satu blog tuu..ntah pe ntah blog tuu..lupee daa...haha..tpi 4 me doa nie sgt bgus n terbek laaa...tiada cinta yg lebih baek selain cnta kita pada ALLAH,RASUL,IBUBAPA DLL...kn kwn2.. :)

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara kami..
Agar kemesraan ini abadi..
Dan Ya Allah..Ya tuhan yang maha mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hadup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan Ya Allah Yang Tercinta..
Gantilah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah..
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di Dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..
Jangan engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..
Amin..Ya Rabbal A’lamin..








p/s: percaya dan YAKIN laa pada ALLAH dgn DOA kita..in'allah kn trmkabul doa kite selain 5 perkara yg xptot kite tggal dlm berDOA...
kalu xtermkbul tuu kata ustaz azhar...ssungguhny ALLAH tahu apa yg terbek tuk drimu..hehehe

Saturday, November 19, 2011

MaHLIGAi CIntA SEbenAR

Now.. 2.58 am..sume daa tdo..den?..ntah laa..hahaha..pe ku heran kn..hihihi..erm ni prkongsian last..bwh ni satu pic yg pasti sume org mahukan..kn3x..wuuuuu,sape xmau cmni...rugii laaa kn..hehehe...bkn sajee bhagia tp berkat..insyaallah smpai ke tua hbungan kekal..dah dilindungi,disayangi,dirahmati,diberkati oleh ALLAH...ameeeN...BLA mau kawen nie..hahaha




p/s : doakAN sayA aGAr dijaDIkan bGIni yee sahabat2x..hehehe...:)

SaYAnGnya ALLAH padaKU..~terima KAsih YA ALLAH~

bler brbcara bgni pasti xtahan sebak d dada...satu hari ku ditimpa msalah yg xdpt nk selesaikn dlm satu hari n xlogik akal bgiku..

tp ALLAH MAHA BERKUASA..tiada apa yg mmpu melwan...
ALLAH telah mudahkn kerja ku dlm sekelip mata n hntar seseorg tuk tenangkn jwa ku..

terima kasih YA ALLAH...

~ apakah kebaikan ku shingga engkau menolong ku bg2 rupa..
~ apakah ku wajar dtlg sbg2 rupa shgga kamu menolong ku sebg2 baik...
~ apakah telah ku buat padaMU sehgga ku dtlg sbg2 baek....

terima kasih YA ALLAH...terima kasih YA ALLAH...terima kasih YA ALLAH


p/s: xtau nk cerita bgaimana..tp ia sgt2 buat den sedey..smpai skrun feel like..arghhhh!!! perlukn pengisian padat tuk hati ini...terima kasih ALLAH....semoga coretan ini mngingat kn ku padaMU..

Sunday, November 13, 2011

Berkahwin Tanpa Wali? (NIe AdALAh PENTING SGT)

di sini saya ada beberapa persoalan:


1)bolehkah berkahwin tanpa diberitahu terlebih dahulu kepada wali bagi pengantin wanita?
2)terdapat pelajar yang berkahwin tanpa pengetahuan wali mereka,dan perkahwinan mereka dirahsiakan hingga ke suatu masa.adakah sah perkahwinan mereka?
3)sekiranya wali masih hidup,dan kedua ibu bapa bagi pengantin lelaki dan wanita tidak membenarkan berkahwin kerana usia yang masih muda,adakah mereka masih boleh berkahwin dan bagaimana caranya?
soalan ini ditujukan tanpa dikhaskan kepada sesiapa.. 

terima kasih.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله أما بعد :
Ketiga-tiga soalan adalah merujuk kepada permasalahan nikah tanpa wali.

Jumhur ulama berpendapat : Tidak sah akad nikah tanpa wali. Ini ialah pandangan yang dinukilkan daripada Ali, Umar, Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Mas’ud, Abu Hurairah, Aishah, al-Hasan al-Basri, Ibn al-Musayyab, Ibn Shubrumah, Ibn Abi Laila, al-Atarah, Imam Ahmad, Shafie dan lain-lain. [RUJUK al-Majmuk : 16/149].
Dalilnya jelas sabda Nabi s.a.w :
لا نكاح إلا بولي
Maksudnya : “Tiada nikah (tidak sah) kecuali dengan wali” [HR Abu Dawud 1785, 5/478]

Wallahualam

Mana Boleh Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar! (maU pHam BtOL2 Oke!!!!)



Salah satu perkara yang amat saya benci dan marah adalah apabila seseorang penulis menulis dengan semberono, tanpa rujukan yang diiktiraf, dan menulis dengan ayat yang mengelirukan dan boleh menimbulkan salah faham. Sungguh, menimbulkan kekeliruan dan salah faham itu amat merbahaya, lebih-lebih lagi mengenai hukum Islam.

Ayat yang mengatakan boleh menjadi tunangan orang tanpa sedar adalah amat tidak bertanggungjawab! Islam sama sekali tidak menjatuhkan hukum yang boleh menimbulkan keraguan, salah faham dan tanpa proses yang sah.

Apa Itu Khitbah
Khitbah di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri. Melamar ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.

Khitbah juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita (Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib (tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar (to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang.

Apabila telah dikhitbah, maka mereka menjadi tunang.

Khitbah boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara tasrieh (terang-terangan) atau secara ta’arudh (sindiran), secara ta’arudh (sindiran) ini dilakukan kepada wanita-wanita yang didalam ‘idah kematian suami mereka atau kerana talak ba’in.

"Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati..." (al-Baqarah: 235) Ayat ini adalah hanya untuk wanita-wanita yang berada dalam 'idah kematian suami atau talak ba'in (rujuk mana-mana tafsir). Maka, wanita-wanita yang masih belum berkahwin, untuk mengkhitbahnya, perlulah secara tasrieh (terang-terangan).

Lalu, bagaimana proses mengkhitbah dalam Islam?

Khitbah adalah permohonan daripada si lelaki untuk si perempuan. Maka, ya, khitbah sudah sah dan sempurna hanya dengan ungkapan permohonan itu sahaja. Namun, untuk mengelakkan kekeliruan, salah faham, dan kemurkaan wali, ianya hendaklah dilakukan secara 'rasmi'.

Dr. Wahbah Az-Zuhaily menjelaskan bahawa yang dimaksudkan khitbah itu adalah menampakkan keinginan menikah terhadap seorang perempuan tertentu dengan memberitahu perempuan yang dimaksudkan atau keluarganya (wali). Selain itu Syed Sabbiq juga mengatakan bahawa yang dikatakan khitbah ialah proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara yang diketahui masyur di tempat masing-masing.



Menjadi Tunang Tanpa Sedar?
 
Sangat menyedihkan apabila masyarakat awam mempercayai bahawa kita boleh menjadi tunang tanpa sedar. Maaf, TANPA SEDAR? WITHOUT KNOWING OURSELF? Kitab fiqh yang mana mengatakan hukum boleh terlaksana tanpa diketahui?

Saya faham dan tahu bahawa artikel tersebut adalah kupasan daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam topik tunang tanpa wali (ibubapa). Penerangan mudah saya, pertunangan boleh dilakukan tanpa wali, ya, memang benar sekali, tetapi maaf, "tunang tanpa sedar"? Jangan mengelirukan pembaca!

Ceramah Ustaz Azhar amatlah jelas, saya pertama kali dengar tidak sama sekali membuat kesimpulan bahawa kita boleh menjadi tunang tanpa sedar setelah mendengar ceramahnya bahagian itu. Penulis artikel Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar? perlu peka mendengar ceramahnya lain kali.

Kesimpulannya, berhati-hati sebelum menulis artikel, berhati-hati dalam membaca artikel, dan dengar betul-betul ceramah yang disampaikan. Wallahu'alam. 


jdi nk lebey jelas bley ler ke blognya....PENTING PADU nie mau pham Ler....jgn nk tafsir sndri Ler...