Apa khabar iman? |
Alhamdulillah. Segala puji kepujian dan kebaikan kita pulangkan kepada Allah SWT, Rabb atau Penjaga sekalian alam. Selawat dan salam untuk semua rasul dan para nabi yang pernah diutus Allah SWT demi kebaikan umat manusia. Tak lupa juga pada Nabi Muhammad SAW yang menjadi qudwah dan uswah kita dalam menjalani kehidupan yang bersifat ujian ini. Juga selawat dan salam untuk mereka yang telah pergi, yang telah mengorbankan hidup mereka demi Islam, hinggalah kita pada hari mampu untuk mengecapi dua nikmat yang terbesar tetapi sering terlupakan, itulah nikmat islam dan iman.
Bila kita berbicara tetang masalah hati, maka ..insya-Allah.. ramai yang akan terkesan. Ramai yang akan mula terdetik untuk melakukan perubahan. Ramai yang mungkin sahaja tersedar daripada lamunan kelekaan duniawi yang menipu, dan mahu kembali kepada kebenaran. Alhamdulillah.
"Ya, aku tahu aku sudah tersilap dan aku mahu berubah. Apa yang harus aku buat sekarang?"
Ya, itulah persoalan yang perlu dijawab dengan benar dan baik. Jika tidak, maka objek dakwah kita yang tadinya bersemangat untuk berubah, mungkin sahaja dia akan kembali hilang, atau menjadi seperti sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan.
Ayuh kita perhatikan sebuah analogi mudah. Dalam hadith Rasulullah SAW jelas mengatakan hati setiap daripada kita ini terlahir dalam keadaan yang fitrah, bersih. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi sebagaimana seekor hewan melahirkan seekor hewan yang sempurna. Apakah kau melihatnya cacat?"
[HR. Bukhari]
Kemudian Abu Hurairah membacakan ayat-ayat suci ini:
"(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebagian besar manusia tidak mengetahui."
[QS Ar-Rum, 30:30]
Hati yang bersih ini kita mampu untuk mengumpamakan ia seperti tanah yang pada awalnya subur.
p/s: soklan saya tuk kwn2..emm =) (bwh niE)
cmner?? xperlu djwb perlukn tndakan =)
No comments:
Post a Comment