Salah satu perkara yang amat saya benci dan marah adalah apabila seseorang penulis menulis dengan semberono, tanpa rujukan yang diiktiraf, dan menulis dengan ayat yang mengelirukan dan boleh menimbulkan salah faham. Sungguh, menimbulkan kekeliruan dan salah faham itu amat merbahaya, lebih-lebih lagi mengenai hukum Islam.
Ayat yang mengatakan boleh menjadi tunangan orang tanpa sedar adalah amat tidak bertanggungjawab! Islam sama sekali tidak menjatuhkan hukum yang boleh menimbulkan keraguan, salah faham dan tanpa proses yang sah.
Apa Itu KhitbahKhitbah di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri. Melamar ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.
Khitbah juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita (Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib (tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar (to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang.
Apabila telah dikhitbah, maka mereka menjadi tunang.
Khitbah boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara tasrieh (terang-terangan) atau secara ta’arudh (sindiran), secara ta’arudh (sindiran) ini dilakukan kepada wanita-wanita yang didalam ‘idah kematian suami mereka atau kerana talak ba’in.
"Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati..." (al-Baqarah: 235) Ayat ini adalah hanya untuk wanita-wanita yang berada dalam 'idah kematian suami atau talak ba'in (rujuk mana-mana tafsir). Maka, wanita-wanita yang masih belum berkahwin, untuk mengkhitbahnya, perlulah secara tasrieh (terang-terangan).
Lalu, bagaimana proses mengkhitbah dalam Islam?
Khitbah adalah permohonan daripada si lelaki untuk si perempuan. Maka, ya, khitbah sudah sah dan sempurna hanya dengan ungkapan permohonan itu sahaja. Namun, untuk mengelakkan kekeliruan, salah faham, dan kemurkaan wali, ianya hendaklah dilakukan secara 'rasmi'.
Dr. Wahbah Az-Zuhaily menjelaskan bahawa yang dimaksudkan khitbah itu adalah menampakkan keinginan menikah terhadap seorang perempuan tertentu dengan memberitahu perempuan yang dimaksudkan atau keluarganya (wali). Selain itu Syed Sabbiq juga mengatakan bahawa yang dikatakan khitbah ialah proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara yang diketahui masyur di tempat masing-masing.
Menjadi Tunang Tanpa Sedar?
Sangat menyedihkan apabila masyarakat awam mempercayai bahawa kita boleh menjadi tunang tanpa sedar. Maaf, TANPA SEDAR? WITHOUT KNOWING OURSELF? Kitab fiqh yang mana mengatakan hukum boleh terlaksana tanpa diketahui?
Saya faham dan tahu bahawa artikel tersebut adalah kupasan daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam topik tunang tanpa wali (ibubapa). Penerangan mudah saya, pertunangan boleh dilakukan tanpa wali, ya, memang benar sekali, tetapi maaf, "tunang tanpa sedar"? Jangan mengelirukan pembaca!
Ceramah Ustaz Azhar amatlah jelas, saya pertama kali dengar tidak sama sekali membuat kesimpulan bahawa kita boleh menjadi tunang tanpa sedar setelah mendengar ceramahnya bahagian itu. Penulis artikel Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar? perlu peka mendengar ceramahnya lain kali.
Kesimpulannya, berhati-hati sebelum menulis artikel, berhati-hati dalam membaca artikel, dan dengar betul-betul ceramah yang disampaikan. Wallahu'alam.
jdi nk lebey jelas bley ler ke blognya....PENTING PADU nie mau pham Ler....jgn nk tafsir sndri Ler...
Salah satu perkara yang amat saya benci dan marah adalah apabila seseorang penulis menulis dengan semberono, tanpa rujukan yang diiktiraf, dan menulis dengan ayat yang mengelirukan dan boleh menimbulkan salah faham. Sungguh, menimbulkan kekeliruan dan salah faham itu amat merbahaya, lebih-lebih lagi mengenai hukum Islam.
Ayat yang mengatakan boleh menjadi tunangan orang tanpa sedar adalah amat tidak bertanggungjawab! Islam sama sekali tidak menjatuhkan hukum yang boleh menimbulkan keraguan, salah faham dan tanpa proses yang sah.
Apa Itu Khitbah
Khitbah di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri. Melamar ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.
Khitbah juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita (Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib (tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar (to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang.
Apabila telah dikhitbah, maka mereka menjadi tunang.
Khitbah boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara tasrieh (terang-terangan) atau secara ta’arudh (sindiran), secara ta’arudh (sindiran) ini dilakukan kepada wanita-wanita yang didalam ‘idah kematian suami mereka atau kerana talak ba’in.
"Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati..." (al-Baqarah: 235) Ayat ini adalah hanya untuk wanita-wanita yang berada dalam 'idah kematian suami atau talak ba'in (rujuk mana-mana tafsir). Maka, wanita-wanita yang masih belum berkahwin, untuk mengkhitbahnya, perlulah secara tasrieh (terang-terangan).
Lalu, bagaimana proses mengkhitbah dalam Islam?
Khitbah adalah permohonan daripada si lelaki untuk si perempuan. Maka, ya, khitbah sudah sah dan sempurna hanya dengan ungkapan permohonan itu sahaja. Namun, untuk mengelakkan kekeliruan, salah faham, dan kemurkaan wali, ianya hendaklah dilakukan secara 'rasmi'.
Dr. Wahbah Az-Zuhaily menjelaskan bahawa yang dimaksudkan khitbah itu adalah menampakkan keinginan menikah terhadap seorang perempuan tertentu dengan memberitahu perempuan yang dimaksudkan atau keluarganya (wali). Selain itu Syed Sabbiq juga mengatakan bahawa yang dikatakan khitbah ialah proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara yang diketahui masyur di tempat masing-masing.
Menjadi Tunang Tanpa Sedar?
Sangat menyedihkan apabila masyarakat awam mempercayai bahawa kita boleh menjadi tunang tanpa sedar. Maaf, TANPA SEDAR? WITHOUT KNOWING OURSELF? Kitab fiqh yang mana mengatakan hukum boleh terlaksana tanpa diketahui?
Saya faham dan tahu bahawa artikel tersebut adalah kupasan daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam topik tunang tanpa wali (ibubapa). Penerangan mudah saya, pertunangan boleh dilakukan tanpa wali, ya, memang benar sekali, tetapi maaf, "tunang tanpa sedar"? Jangan mengelirukan pembaca!
Ceramah Ustaz Azhar amatlah jelas, saya pertama kali dengar tidak sama sekali membuat kesimpulan bahawa kita boleh menjadi tunang tanpa sedar setelah mendengar ceramahnya bahagian itu. Penulis artikel Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar? perlu peka mendengar ceramahnya lain kali.
Kesimpulannya, berhati-hati sebelum menulis artikel, berhati-hati dalam membaca artikel, dan dengar betul-betul ceramah yang disampaikan. Wallahu'alam.
jdi nk lebey jelas bley ler ke blognya....PENTING PADU nie mau pham Ler....jgn nk tafsir sndri Ler...
bagaimana pun banyak lagi aspek yg kita lihat tentang isu mcm nie.
ReplyDeletesekarang org tunang mcm majlis kawin,
tak perlu kot.
lelaki melamar perempuan,perempuan setuju.
as simple as that, tapi ada cara nya. setuju juga dgn anda.
well, things maybe as simple as is it, only idiots complicate it.